Posts

BROGA

Image
Pada bulan lepas, saya telah mengikuti pendakian bukit di Broga. Kami telah mendaki bukit pada pukul 3 am untuk melihat matahari terbit. Sesampainya kami di bukit yang pertama kami telah mendirikan solat Subuh dan memakan makanan ringan seperti roti dan air tin milo sebagai sarapan pada ketika itu.Setelah itu, kami meneruskan lagi perjalanan sehingga ke bukit yang terakhir. Tepat pada pukul 7 pagi mulalah terbitan matahari dan disitu kami dapat melihat betapa indahnya ciptaan Allah swt dan juga suasana di atas bukit sangatlah nyaman dan udara yang sangat segar. Tetapi tepat pada pukul 7.30 am mulalah suasana yang terik kerana ketika berada di atas bukit cuaca akan cepat panas. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang ada sepanjang trip ke Broga bersama team member saya yang lain.

UKM BERSELAWAT

Image
Tanggal 12 Mei 2017 bersamaan dengan 15 Shaaban 1438H, UKM telah mengadakan UKM Berselawat di DECTAR. Ia bersempenaan dengan malam cinta Allah dan Rasul. Terdapat pelbagai input daripada ceramah pada malam tersebut dan juga berselawat. Program ini sangat bermanfaat kepada semua warga UKM kerana malam tersebut telah mengingatkan kita atas kebesaran kekuasaan Allah swt dan juga memupuk cinta akan Rasul di dalam diri.

HIKING @ BUKIT GASING

Image
Salah satu tempat untuk saya mengurangkan stress adalah dengan hiking selain daripada larian. Bagi saya hikng adalah tempat yang sesuai kerana di situ saya dapat melihatkan akan keindahan ciptaan-Nya dan juga menghirup udara yang segar. Hiking di Bukit Gasing mengambil masa selama 3 jam dan bagi hikers yang beginner pada mulanya memang susah kerana terdapat banyak bukit dan halangan sepanjang hiking tersebut. Tetapi kelamaan kita akan terbiasa dengan aktiviti hiking malah akan menjadikannya sebagai hobi di waktu lapang. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang di Bukit Gasing.

FAMILY BONDING TIME

Image
Bukan senang nak kumpul satu family dalam satu masa sebab memasing dah busy dengan banyak hal. Dan alhamdulillah dapat juga kami satu family kumpul untuk dinner ikan bakar kat Parameswara,Melaka. Kami memilih untuk dinner di sini kerana ia merupakan tempat makan kegemaran ayah saya dan semua makanan laut adalah segar dengan harga yang berpatutan. Selama dua hari kami telah makan malam disini dan berharap agar kami dapat berkumpul lagi pada hari-hari yang akan mendatang. In shaa Allah.

RAPID KL BRT RUN 2017 @ 7km

Image
Sepanjang larian yang saya sertai bersama keluarga saya,inilah adalah kali pertama saya menyertai larian pada awal pagi iaitu pada pukul 2 am dah kena kumpul di sana dan start larian pada pukul 4 am. Ia sangat mencabar bagi diri saya kerana pada pukul 2 am tersebut adalah waktu tidur saya. Dan alhamdulillah saya telah menamatkan larian selama 50 minit untuk 7 km. Di bawah adalah antara gambar-gambar saya bersama ibu saya selepas kami habiskan larian.

MILO BREAKFAST RUN @ PUTRAJAYA

Image
" Badan Cergas,Otak Cerdas " itulah yang keluarga saya amalkan seharian. Setiap kali ada program laran ibu saya tidak akan terlepas pandang dan akan mendaftarkan kami sekeluarga. Baru-baru ini tanggal 14 Mei 2017, Saya bersama keluarga saya telah menyertai MILO BREAKFAST RUN di Floria,Putrajaya. Running event tersebut telah dihadiri seramai 15000 peserta dan terdapat banyak van-van milo dan booth-booth pameran yang ada pada waktu ketika itu. Malah, pelbagai promosi telah diadakan sepanjang program tersebut dan turut dihadiri artis-artis terkenal dan pihak radio hot.fm. Suasana sepanjang program tersebut sangatlah sesak dan ada juga ramai yang kehilangan anak dan juga barang berharga. Dibawah adalah antara gambar-gambar saya dan juga keluarga saya di sana.

MY FIRST RUNNING EVENT IN UKM

Image
IDOL CHARITY RUN 2017   My first running event in UKM was Idol Charity Run. I was joining this event because my mom were registering me into it without telling me. It was not bad as the weather was so good on that day. And the route inside the UKM also not as tough as I thought and maybe because I've already get used to it. There's are some pictures my mom and me on that running event. It was so fun and thank you for organized such a good event for community people.