FIRENDS *lovelovelove*
Assalamualaikum.
Mulanya masuk di alam universiti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah kawan. Kata orang, di universiti inilah tempatnya kamu akan susah bergaul dengan orang ramai dek sibuk dengan segala assignment dan juga semestinyalah untuk lulus dengan cemerlang dalam program ijazah ini. Tetapi, disinilah saya mengenal erti pershabatan susah senang di mana kawan adalah semangat dalam diri saya untuk sentiasa tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu dan sentiasa berada disisi menjadi pengganti kepada ibu dan ayah saya. Disini ada yang saya sudah kenal sejak sekolah rendah,sekolah menengah,program latihan khidmat negara dan juga di matrikulasi. Saya juga mendapat ramai kenalan baru yang berlatarbelakangkan STPM, diploma dan sebagainya. Berlainan umur,jantina dan agama bukanlah satu masalah bagi saya untuk mengeratkan lagi silaturahim malah kita dapat kenal cara belajar mereka dan juga budaya mereka yang berbeza.
Alhamdulillah, disini saya mendapat ramai kawan dan di UKM inilah rumah kedua saya dan kawan adalah family saya yg kedua dan in shaa Allah berkekalan sehingga semuanya berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Disini saya ada lampirkan beberapa gambar saya bersama kawan-kawan yang sangat rapat dan juga sumber kekuatan saya di UKM selain daripada ibu bapa saya sendiri.
Comments
Post a Comment