PERANG DECTAR UKM



Assalamualaikum. 
Disini saya ingin menceritakan pengalaman pertama saya di mana mengikuti perang dectar di UKM. Perang dectar ini adalah perang cheers dan lagu-lagu yang akan mewakili setiap kolej yang ada di UKM bagi menunjukkan semangat kolej yang ada di dalam diri. Ia bertujuan untuk memupuk kerjasama diantara setiap ahli kolej agar sentiasa mempertahankan kolej daripada di serang atau diherdik oleh kolej lain. Ia juga memupuk didalam diri ahli-ahli kolej semangat perpaduan dan cinta akan kolej . Saya merupakan ahli Kolej Keris Mas dan dikenali sebagai bangsa keris mas di UKM. Kolej Keris Mas adalah kolej kedua terbesar di UKM selepas Kolej Pendeta Zaaba. Dan Kolej Keris Mas terdiri daripada lebih kurang 1200 mahasiswi dan mahasiswa UKM. Segala kemudahan pelajar di kolej ini juga telah diperuntukkan dengan sebaik yang mungkin dan dapat meringankan mahasiswa dan mahasiswi yang lain. 







Comments

Popular posts from this blog

BROGA

FIRENDS *lovelovelove*