Posts

Showing posts from 2017

BROGA

Image
Pada bulan lepas, saya telah mengikuti pendakian bukit di Broga. Kami telah mendaki bukit pada pukul 3 am untuk melihat matahari terbit. Sesampainya kami di bukit yang pertama kami telah mendirikan solat Subuh dan memakan makanan ringan seperti roti dan air tin milo sebagai sarapan pada ketika itu.Setelah itu, kami meneruskan lagi perjalanan sehingga ke bukit yang terakhir. Tepat pada pukul 7 pagi mulalah terbitan matahari dan disitu kami dapat melihat betapa indahnya ciptaan Allah swt dan juga suasana di atas bukit sangatlah nyaman dan udara yang sangat segar. Tetapi tepat pada pukul 7.30 am mulalah suasana yang terik kerana ketika berada di atas bukit cuaca akan cepat panas. Berikut merupakan antara gambar-gambar yang ada sepanjang trip ke Broga bersama team member saya yang lain.

UKM BERSELAWAT

Image
Tanggal 12 Mei 2017 bersamaan dengan 15 Shaaban 1438H, UKM telah mengadakan UKM Berselawat di DECTAR. Ia bersempenaan dengan malam cinta Allah dan Rasul. Terdapat pelbagai input daripada ceramah pada malam tersebut dan juga berselawat. Program ini sangat bermanfaat kepada semua warga UKM kerana malam tersebut telah mengingatkan kita atas kebesaran kekuasaan Allah swt dan juga memupuk cinta akan Rasul di dalam diri.

HIKING @ BUKIT GASING

Image
Salah satu tempat untuk saya mengurangkan stress adalah dengan hiking selain daripada larian. Bagi saya hikng adalah tempat yang sesuai kerana di situ saya dapat melihatkan akan keindahan ciptaan-Nya dan juga menghirup udara yang segar. Hiking di Bukit Gasing mengambil masa selama 3 jam dan bagi hikers yang beginner pada mulanya memang susah kerana terdapat banyak bukit dan halangan sepanjang hiking tersebut. Tetapi kelamaan kita akan terbiasa dengan aktiviti hiking malah akan menjadikannya sebagai hobi di waktu lapang. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang di Bukit Gasing.

FAMILY BONDING TIME

Image
Bukan senang nak kumpul satu family dalam satu masa sebab memasing dah busy dengan banyak hal. Dan alhamdulillah dapat juga kami satu family kumpul untuk dinner ikan bakar kat Parameswara,Melaka. Kami memilih untuk dinner di sini kerana ia merupakan tempat makan kegemaran ayah saya dan semua makanan laut adalah segar dengan harga yang berpatutan. Selama dua hari kami telah makan malam disini dan berharap agar kami dapat berkumpul lagi pada hari-hari yang akan mendatang. In shaa Allah.

RAPID KL BRT RUN 2017 @ 7km

Image
Sepanjang larian yang saya sertai bersama keluarga saya,inilah adalah kali pertama saya menyertai larian pada awal pagi iaitu pada pukul 2 am dah kena kumpul di sana dan start larian pada pukul 4 am. Ia sangat mencabar bagi diri saya kerana pada pukul 2 am tersebut adalah waktu tidur saya. Dan alhamdulillah saya telah menamatkan larian selama 50 minit untuk 7 km. Di bawah adalah antara gambar-gambar saya bersama ibu saya selepas kami habiskan larian.

MILO BREAKFAST RUN @ PUTRAJAYA

Image
" Badan Cergas,Otak Cerdas " itulah yang keluarga saya amalkan seharian. Setiap kali ada program laran ibu saya tidak akan terlepas pandang dan akan mendaftarkan kami sekeluarga. Baru-baru ini tanggal 14 Mei 2017, Saya bersama keluarga saya telah menyertai MILO BREAKFAST RUN di Floria,Putrajaya. Running event tersebut telah dihadiri seramai 15000 peserta dan terdapat banyak van-van milo dan booth-booth pameran yang ada pada waktu ketika itu. Malah, pelbagai promosi telah diadakan sepanjang program tersebut dan turut dihadiri artis-artis terkenal dan pihak radio hot.fm. Suasana sepanjang program tersebut sangatlah sesak dan ada juga ramai yang kehilangan anak dan juga barang berharga. Dibawah adalah antara gambar-gambar saya dan juga keluarga saya di sana.

MY FIRST RUNNING EVENT IN UKM

Image
IDOL CHARITY RUN 2017   My first running event in UKM was Idol Charity Run. I was joining this event because my mom were registering me into it without telling me. It was not bad as the weather was so good on that day. And the route inside the UKM also not as tough as I thought and maybe because I've already get used to it. There's are some pictures my mom and me on that running event. It was so fun and thank you for organized such a good event for community people.

PERANG DECTAR UKM

Image
Assalamualaikum.  Disini saya ingin menceritakan pengalaman pertama saya di mana mengikuti perang dectar di UKM. Perang dectar ini adalah perang cheers dan lagu-lagu yang akan mewakili setiap kolej yang ada di UKM bagi menunjukkan semangat kolej yang ada di dalam diri. Ia bertujuan untuk memupuk kerjasama diantara setiap ahli kolej agar sentiasa mempertahankan kolej daripada di serang atau diherdik oleh kolej lain. Ia juga memupuk didalam diri ahli-ahli kolej semangat perpaduan dan cinta akan kolej . Saya merupakan ahli Kolej Keris Mas dan dikenali sebagai bangsa keris mas di UKM. Kolej Keris Mas adalah kolej kedua terbesar di UKM selepas Kolej Pendeta Zaaba. Dan Kolej Keris Mas terdiri daripada lebih kurang 1200 mahasiswi dan mahasiswa UKM. Segala kemudahan pelajar di kolej ini juga telah diperuntukkan dengan sebaik yang mungkin dan dapat meringankan mahasiswa dan mahasiswi yang lain. 

FIRENDS *lovelovelove*

Image
Assalamualaikum. Mulanya masuk di alam universiti perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah kawan. Kata orang, di universiti inilah tempatnya kamu akan susah bergaul dengan orang ramai dek sibuk dengan segala assignment dan juga semestinyalah untuk lulus dengan cemerlang dalam program ijazah ini. Tetapi, disinilah saya mengenal erti pershabatan susah senang di mana kawan adalah semangat dalam diri saya untuk sentiasa tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu dan sentiasa berada disisi menjadi pengganti kepada ibu dan ayah saya. Disini ada yang saya sudah kenal sejak sekolah rendah,sekolah menengah,program latihan khidmat negara dan juga di matrikulasi. Saya juga mendapat ramai kenalan baru yang berlatarbelakangkan STPM, diploma dan sebagainya. Berlainan umur,jantina dan agama bukanlah satu masalah bagi saya untuk mengeratkan lagi silaturahim malah kita dapat kenal cara belajar mereka dan juga budaya mereka yang berbeza.  Alhamdulillah, disini saya mendapat ...

Life in UKM

When I was in secondary school, my target is to further my studies at universities which is well-known and have an excellent rank in all universities in Malaysia. For me to be a university student was such a blessing because we will do not wear any school uniform when come to the class,can bring along handphone or all gadgets like everywhere we go,and the most excitingly I can drive my own car to go to the class. And what i expected to be as university student was a piece of cake. On 28th August 2016,I was been selected as one of the student at National University of Malaysia (UKM) in Bachelor of Economics. I was so grateful because all my hardwork to enter the well-known university paid-off. And many people said that there's a lot of student out there want to further their studies at UKM but unfortunately they were not been selected. So my target was to make my parents proud of me by achieve the dean-list every semester in here. Life in UKM is not as easy as I think. My w...